Bendahari: Sdr. Haron Daud
Cadang: Sdr. Halim Salleh
Sokong: Sdr. Loh Kok Wah
Wakil-Wakil Pusat Pengajian:
P.P. Ilmu Kemanusiaan: Sdr. Aziz Abdul Majid
P.P. Sains Kimia: Sdr. Mas Rosemal Hakim Mas Haris
P.P. Sains Kemasyarakatan: Sdri. Siti Nor Abdul Hamid
P. Pendidikan Jarak Jauh: Sdr. Mohamed Ismail Mohamed Ibrahim
P.P. Komunikasi: Sdr. Khor Yoke Lim
P.P. Sains Farmasi: Sdr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim
P.P. Ilmu Pendidikan: Sdr. Idris Md. Noor
P.P. Teknologi Industri: Sdr. Othman Sulaiman
Canselori: Sdr. S. Sathu Raman
P.P. P. Bangunan & Perancangan: Sdr. Alip Rahim
Juruodit:
Sdr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi (P. Pendidikan Jarak Jauh)
Sdri. Nazirah Ahmad Azli (P. Pendidikan Jarak Jauh)
6.Membincang dan meluluskan
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan 1998 Anggaran tersebut telah dibentang
oleh Sdr. Haron Daud. Sdr. Chan Ngai Weng mencadangkan bahawa peruntukan
Makan Malam dinaikkan dari RM3,000.00 ke RM5,000.00.
Ini disokong
oleh Sdr. Halim Salleh dan semua ahli.
Sdr. Halim
Salleh menyoal kenapa peruntukan RM4,000.00 untuk jurnal adalah lebih separuh
daripada jumlah yuranahli-ahli setahun. Beliau menyoal adakah ini munasabah
dan adakah jurnal sesuatu yang perlu. Sdr. Loh Kok Wah menjelaskan bahawa
Jurnal Pendidikan Tinggi mempunyai sejarah yang lama dan memang ada keperluan
dan objektif tertentunya. Kemudian dicadangkan bahawa PKAPUSM perlu mencari
penaung untuk mengurangkan perbelanjaan.
Sdri.
Siti Hawa pula membangkitkan penerbitan Lidah. Pengerusi memberitahu bahawa
Lidah telah dihentikan atas persetujuan ahli-ahli dalam suatu AGM
dahulu. Berhubung dengan hal itu, Sdr. Abdul Rahman Othman dan Sdr.
Mustafa Fadzil Farid Wajidi telah bersetuju membantu PKAPUSM mewujudkan
Lidah Elektronik untuk faedah ahli-ahli. Notis-notis dan hal-hal penting
termasuk dialog boleh disampaikan melalui medium ini. Tindakan Sdr. Abdul
Rahman Othman dan Sdr.0 Mustafa Fadzil Farid Wajidi. Berhubung dengan itu,
Sdr. Halim Salleh pula mencadangkan bahawa PKAPUSM boleh mewujudkan
Homepage sendiri di dalam internet. EXCO baru akan mempertimbangkan
feasibilitinya. Mesyuarat telah mencadangkan Sdr. Mohamed Ismail Mohamed
Ibrahim untuk melaksanakan homepage PKAPUSM.
Sdr. Omar
Shawkataly mencadangkan bahawa jika peruntukan Sukan dan Lawatan, iaitu
sebanyak RM5,000.00, tidak dapat dihabiskan, maka bakinya patut digunakan
untuk kerja memperbaiki Rumah Merah. Ini disetujui oleh semua ahli
yang hadir.
Dicadang
lulus: Sdr. Ibrahim Jaafar
Disokong:
Sdr. Yoong Suan.
Semua
resolusi-resolusi berikut telah diluluskan oleh mesyuarat:
1. Meneruskan
perjuangan isu Kenaikan Gaji Secara Isyarat yang diberikan kepada kakitangan
yang bercuti belajar dalam skim SSB sehingga USM bayar kakitangan-kakitangan
yang terlibat baki gaji yang tidak diberikan itu.
2. Memperjuangkan
supaya USM mengadakan proses Kenaikan Pangkat pada semua peringkat kakitangan
akademik dan pentadbiran USM sekurang-kurangnya setahun sekali.
3. Memastikan
bahawa semua kemudahan dan infrastruktur di USM adalah mencukupi dan dalam |