Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepada ahli-ahli persatuan dan ahli-ahli Exco yang baru kerana meneruskan perjuangan menghadapi berbagai cabaran berkaitan dengan perkhidmatan ahli-ahli di universiti. Ucapan terima kasih juga kepada Exco-Exco lama dan ahli-ahli yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh saya bertugas. Saya yakin bahawa Exco baru PKAPUSM akan meneruskan kerjasama dengan pentadbiran 
Universiti Sains Malaysia untuk meningkatkan lagi sumbangan ahli-ahli akademik dan pentadbiran USM kepada universiti dan masyarakat umum. 
 
 
 

Presiden PKAPUSM,
Prof. Madya Dr. Wan Abdul Manan Wan Muda.