1. Pertemuan Naib Canselor dengan PKAPUSM telah di adakan pada 17 September, Jam 3.00 petang di Pejabat Naib Canselor.
Antara agenda yang diperbincangkan ialah:-
i)  Isu pengkopratan universiti.
ii)  Isu bilangan kakitangan akademik dan peningkatan bilangan pelajar.
iii) Soal kenaikan pangkat -soal kriteria, kekerapan, dan mereka yang di KIV.
iv) Soal nasib pensyarah-pensyarah yang tidak memilih SSB tetapi masih dalam skim lama.
v) Pendirian universiti dalam penganjuran aktiviti seperti debat dan forum yang berkaitan pergolakan politik semasa oleh golongan pelajar dan kakitangan.
vi) Kemudahan asas dan infrastruktur di universiti untuk pengajaran, penyelidikan dan lain-lain.
vii) Usaha sama universiti dan PKAPUSM untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.
viii) Soal pensyarah-pensyarah yang dihantar untuk melanjutkan pelajaran.
ix) Hal-hal lain.
2. Universiti  sedang dalam urusan pembayaran balik pergerakan gaji sebenar kepada pensyarah-pensyarah yang  mendapat pergerakan gaji isyarat semasa cuti berlajar. Seramai 167 orang kakitangan terlibat dengan pembayaran ini. Pihak perbendaharaan melalui surat KP.S(PT)(BPK) 7009 Jil. VII (35) bertarikh 5 Ogos, 1999 telah meluluskan peruntukan tambahan  yang mencukupi untuk tujuan pembayaran tersebut.
3. PKAPUSM akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk " Masa depan Pendidikan Tinggi: Peranan Pelajar dan Staf  Akademik dalam Menangani isu-isu krisis ekonomi, sosial dan  politik" pada penghujung bulan Disember 1999 ini. Mereka yang berminat untuk membentang kertas kerja diharap dapat menghubungi sekretariat seminar tersebut segera - Dr. Idris Md.Noor <idris@usm.my>
4. Kakitangan kerajaan akan menerima bayaran bonusuntuk tahun 1999 walaupun belanjawan 2000 belum diluluskan lagi. 

5. Perutusan Terbaru Dato' Naib Canselor

6. Lawatan Menteri Pendidikan ke USM -3hb.Feb.2000.
    Y.B Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia akan mengadakan satu lawatan rasmi ke USM pada Khamis, 3 Februari 2000. Sempena dengan lawatan terseebut satu majlis ramah mesra Menteri Pendidikan besama warga USMakan diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, jam 9.00pagi. 

7. 39 orang Profesor dan 81 orang Profesor Madya dilantik di Universiti Malaya tahun 1999.(Utusan Malaysia -27Jan2000)

 

Kami Memerlukan Berita-Berita Yang Menarik Yang Sesuai Untuk Semua Ahli-Ahli PKAPUSM. Sila Hantarkan  (e-mail) Berita-Berita Tersebut Kepada Webmaster Segera. Pengiklanan Untuk  Jual rumah, kereta, Buku-Buku, Barang-Barang Terpakai  Juga Akan DiPertimbangkan Untuk di Siar Di Laman Ini. 
 
 

WeBmaSteR