RESOLUSI PKAPUSM 1998

1.  Memperjuangkan ketidakadilan Kenaikan Gaji Secara Isyarat yang diberikan kepada kakitangan yang bercuti belajar dalam skim SSB sehingga USM bayar balik baki gaji yang tidak diberikan itu.

2.  Memperjuangkan supaya USM mengadakan proses Kenaikan Pangkat pada semua peringkat kakitangan USM  sekurang-kurang setahun sekali.

3.  Memastikan bahawa kemudahan dan infrastruktur di USM mencukupi dan dalam keadaan baik. Kini, kebanyakan kemudahan adalah tidak mencukupi (memandangkan peningkatan jumlah pelajar). Kebanyakan kemudahan dan
infrastruktur juga berada dalam keadaan yang kurang baik.

4.  Memastikan pihak USM mempunyai ketelusan sepenuhnya dalam segala hal berkenaan dengan pengkorporatan.

5.  Berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan bilangan ahli PKAPUSM.

6.  Mencadangkan kepada pihak USM supaya perlantikan Dekan pusat pengajian adalah berdasarkan giliran tempoh tertentu dan bukan dilantik secara "tetap".

7.  PKAPUSM memperuntukan RM4,000.00 untuk penerbitan Jurnal Pendidikan Tinggi.

8.  PKAPUSM memperuntukan RM2,000.00 untuk Hadiah Pelajar Terbaik Sidang Akademik 1997/98.

9.  PKAPUSM memperuntukan RM5,000.00 sebagai subsidi (sebanyak RM20.00 setiap orang ahli) untuk Makan Malam Tahunan.