2.Menerima dan Meluluskan
Minit AGM 1997
Dicadang oleh Sdr.
P. Sundramoorthy.
Disokong
oleh Sdri. Khor Yoke Lim.
3.Menerima dan Meluluskan
Laporan Tahunan 1997
Seterusnya,
setiausaha telah membentangkan laporan tahunan 1997. President memberitahu
PKAPUSM akan cuba menyelesaikan isu Kenaikan Gaji Secara Isyarat
yang dikenakan oleh USM ke atas kakitangan yang bercuti belajar semasa
SSB dilaksanakan. menurut seorang ahli, ada kira-kira 200 orang kakitangan
yang terlibat. Presiden terus mengatakan bahawa jika USM tidak setuju
membayar balik gaji yang tidak dibayar, maka PKAPUSM akan membawa isu itu
ke makhamah seperti di UPM. Sdr. Mashudi Kader mencadangkan bahawa PKAPUSM
perlu menggunakan peguam untuk menulis surat kepada pihak USM berkenaan
dengan isu itu.
Oleh sebab
tiada apa-apa soal lagi, Sdr. Yoong Suan mencadangkan bahawa Laporan Tahunan
1997 diluluskan. Ini disokong oleh Sdr. Mohamed Ismail Mohamed Ibrahim.
4.Menerima dan Meluluskan
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 1999 Laporan tersebut telah dibentangkan
oleh Bendahari.
Soalan/Komen:
Sdr. Halim
Salleh memberitahu bahawa Syarikat Insuran AIA, di bawah skim kumpulan
untuk ahli-ahli PKAPUSM dan keluarga mereka, tidak profesyenal semasa
menguruskan kesnya. Setiausaha menjelaskan bahawa agen AIA telah berjumpa
dengannya dan didapati bahawa kesalahan kes Sdr. Halim adalah kesalahan
pihak agen dan bukan pihak syarikat insuran. Oleh itu, agen berkenaan telah
sudi membayar Sdr. Halim sebahagian daripada tuntutannya. Jika tidak, PKAPUSM
akan keluar daripada skim insuran itu.
Sdri.
Siti Nor pula menyoal tentang sebabnya PKAPUSM letak RM23,830.51 dalam
akaun semasa yang mempunyai balikan faedah yang rendah. Beliau cadangkan
bahawa PKAPUSM perlu melaburkan wang itu (dalam 4 blok) di dalam akaun
simpanan tetap yang mempunyai faedah tinggi. Ini disetujui oleh semua ahli.
Oleh sebab
tiada soalan lagi, Sdr. Othman Sulaiman mencadangkan bahawa Penyata Pendapatan
dan Perbelanjaan 1997 diluluskan. Ini disokong oleh Sdr. Aziz Abdul Majid.
5.Pencalonan dan Pemilihan
EXCO 1998
Sdr. Omar
Shawkataly telah dicadangkan sebagai pengerusi sementara untuk menguruskan
pemilihan EXCO baru. Sdr. Halim Salleh mencadangkan bahawa EXCO lama dilantik
semula memandangakan prestasi baik. Ini disokong oleh Sdr. Loh Kok
Wah dan disetujui oleh semua ahli yang hadir. Oleh itu, EXCO baru adalah
seperti berikut:
Presiden: Sdr. Wan Abdul Manan Wan Muda
Cadang: Sdr. Halim Salleh
Sokong: Sdr. Loh Kok Wah
Naib Presiden: Sdr. Omar Shawkataly
Cadang: Sdr. Halim Salleh
Sokong: Sdr. Loh Kok Wah
Setiausaha: Sdr. Chan Ngai Weng
Cadang: Sdr. Halim Salleh
Sokong: Sdr. Loh Kok Wah |